Sunday, April 26, 2009

Belajar Bahasa Iban..(Belaja Jako Iban)

Walaupun saya seorang tulen tetapi saya tidak mampu mengusai bahasa Iban dengan sempurna. Datuk saya merupakan seorang yang mahir dalam bidang bahasa Iban dan saya berasa rugi kerana tidak dapat belajar dengan lebih mendalam daripadanya. Tujuan saya untuk belajar bahasa Iban kerana ingin menyertai pertandingan menulis esei dalam bahasa iban anjuran Kementerian Penerangan(Mungkin dah tukar nama). Hadiahnya yang lumayan sudah cukup untuk merajinkan saya menulis esai dalam bahasa Malaysia dan bahasa Iban. Untuk makluman sekalian, bahasa iban menpunyai karya kesusasteran yang indah. Malangnya semua ini semakin hilang dsimamah waktu. Saya berharap bahasa Iban dapat dimartabatkan lagi kerana bahasa Iban mempunyai sistem tulisannya sendiri selain rumi. Sekian...

No comments: